Tuesday, January 22, 2019

LARIAN PERDANA 2019

Larian Perdana 2019 telah berlangsung dengan jayanya pada hari Jumaat 18 Januari 2019. Seramai kira-kira 2993 murid sesi pagi dan petang bergabung tenaga bagi memberikan mata yang tertinggi kepada rumah sukan masing-masing.

Sesi dimulakan dengan acara memanaskan badan oleh pasukan zapinrobik sekolah. Kemudian muri dilepaskan mengikut kategori iaitu PPKI, P4, P3, P2, P1, L4, L3, L2 dan L1. Persaingan yang sengit menyebabkan beza mata setiap rumah tidak terlalu jauh. Pada upacara penyampaian piala pusingan, Rumah Syahbandar menduduki tangga pertama diikuti Rumah Bendahara, Rumah Temenggung dan Rumah Laksamana.

Tahniah diucapkan atas semangat kesukanan yang tinggi. Gambar sekitar Larian Perdana 2019.






















TAKLIMAT PAKEJ TINGKATAN 4 BERSAMA IBUBAPA / PENJAGA

Program ini telah berlangsung pada 4 Januari 2019 ( Hari Jumaat) pada pukul 8.00pagi hingga 10.00 pagi di Dewan Seri Putra, SMK Putra Perdana. Program ini bertujuan untuk membantu murid dalam memilih pakej yang sesuai dengan minat dan kemampuan mereka.

Sambutan ibubapa sangat menggalakkan kerana kehadiran yang agak ramai. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama dan sokongan yang diberikan.





Pendaftaran ibu bapa dan penjaga.




                                                                           
                                                                               

Kehadiran ibubapa dan pentadbir serta guru-guru di Dewan Seri Putra
             

Tuan Pengetua menyampaikan ucapan.


YDP PIBG merasmikan majlis.





PK Pentadbiran, Pn. Hjh Norhan memperkenalkan barisan Guru Kanan Mata Pelajaran iaitu En. Mustafa kamal (GKMP Kemanusiaan) , Pn. Hjh Shamsihani ((GKMP Sains & Matematik), Pn. Riza Bt Jupry (GKMP Teknik & Vokasional) dan Pn. Rohana Mahmud ( GKMP Bahasa).




Para guru melayan pertanyaan lanjut dari ibubapa.










ORIENTASI MURID PERALIHAN DAN TINGKATAN 1 SESI 2019

Program Orientasi murid peralihan dan tingkatan satu sesi 2019 telah dijalankan seawal sesi persekolahan bermula. Ia dibahagikan kepada 2 slot iaitu Slot 1 (2 - 4 Januari program orientasi) dan slot 2 (7 - 8 Januari siri ceramah motivasi) .

Seramai kira-kira 750 murid peralihan dan tingkatan satu yang berdaftar di SMKPP pada tahun ini. Semoga dengan adanya orientasi ini murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan alam persekolahan menengah. Berikut ialah beberapa gambar sepanjang program berlangsung.






Monday, January 14, 2019

ORIENTASI MURID TINGKATAN 4 SESI 2019

Orientasi bagi murid tingkatan 4 berlangsung pada 2 Januari 2019. Murid tingkatan 4 diperkenalkan dengan pakej subjek yang ditawarkan kepada mereka.






Tuesday, January 1, 2019

HARI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN 2019

Wajah-wajah ceria warga SMK Putra Perdana datang sekolah di hari pertama sesi pembelajaran 2019. 'Datang Dengan Senyuman, Pulang Dengan Kejayaan...'


Persiapan yang dilakukan oleh AJK PIBG bagi menyambut kedatangan murid ke sekolah.

 Persiapan untuk perhimpunan rasmi hari pertama persekolahan.

 Kedatangan murid ke sekolah


Suasana perhimpunan rasmi 2 Januari 2019.


Ucapan suntikan semangat oleh Naib Yang Dipertua PIBG SMK Putra Perdana 

PENDAFTARAN MURID TINGKATAN 1 DAN PERALIHAN SESI 2019

Pada 28 Disember 2018, telah diadakan majlis Pendaftaran Murid Tingkatan 1 dan Peralihan Sesi 2019. Seramai kira-kira 900 orang murid ditempatkan di SMK Putra Perdana bagi sesi persekolahan tahun 2019. Selamat datang diucapkan.






PENYERAHAN SLIP PT3 2018

Majlis penyerahan slip keputusan PT3 2018 telah diadakan pada 13 Disember 2018 bertempat di Dataran Ilmu. Tahniah diucapkan kepada semua calon PT3 2018.!







LAMAN RASMI SMK PUTRA PERDANA, PUCHONG

LARIAN PERDANA 2019

Larian Perdana 2019 telah berlangsung dengan jayanya pada hari Jumaat 18 Januari 2019. Seramai kira-kira 2993 murid sesi pagi dan petang ber...